Tuesday, March 06, 2012

bersyukur..

Assalamualaikum

hmmm,,,,rasanya dah lama sangat aku tak menjengah ke blog aku ni...bukan apa...aku ni xde bakat as a blogger la...xpandai nak create story...cuma kali ni aku nak share pasal pertandingan Tilawah Al-Quran yang aku serta baru2 ni...nak dijadikan cerita,takdir ALLAH,aku dapat naib johan...agak terkejut la jugak sebab naib johan pun cuma beza 5 markah dengan johan...agak rapat la...Rasanya bacaan aku biasa je sebab pagi tu lagu/ tarannum yang cuba aku masukkan tak berapa menjadi...hmmm...syukur la sebab ALLAH masih lagi izinkan lidah aku ni mengalunkan ayat-ayat suci dengan baik...

Untuk naib johan,hadiah yang diterima ada la trofi satu,sijil,Al-Quran,dan yang last sekali dapat duit..RM*00.00, ok la kan...pergi cuma sampaikan bacaan dengan niat nak berda'wah...last2 ALLAH bagi ganjaran berganda2... dapat makan free,duit pon dapat...lepaslah belanja makan aku 2 bulan...syukur sangat2...

Buat teman2..tak rugi sebenarnya kalau kita mendalami ilmu ALLAH ni..kemanisannya akan kita rasa kelak..kalau tak di dunia,di akhirat sana nanti..percayalah..sesungguhnya janji ALLAH itu benar..

Orang yang paling gembira sekali tak lain tak bukan..IBU kesayangan aku..dia yang berkali-kali ingatkan aku untuk sertai pertandingan ni sebab banyak perkara yang aku boleh belajar di samping dapat pengalaman...
berkat dari doa IBU ak dan yang utama keizinan dari ALLAH TAALA, memang banyak perkara yang aku dapat belajar terutama dari segi pembacaan AL-Quran secara lebih teratur dengan maqamat/tarannum yang telah sedia ada...

Di sini juga aku kepilkan gambar semasa hari kejadian :-






Sebelum terlupa...ada lagi seorang yg besar jasanya pada aku...tak lain tak bukan.. Saudara Noor Aiman yg juga merupakan Johan bagi Qari pertandingan ni..banyak Ilmu yang dapat ku jolok darinya tertama dari segi pengawalan suara..Shukran kathiira ya Akhi...

wassalamualaikum...

No comments:

Post a Comment