Wednesday, April 06, 2011

Amal Jariah...Ganjarannya??





BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIIM...

Apa khabar sahabat sekalian..kali ni aku nak kongsikan serba sedikit mengenai amal jariah..
apa itu amal jariah??...

Amal Jariah merupakan satu kebajikan yang memberi pahala berterusan shingga ke hari kiamat,inshaAllah..ia juga merupakan satu bekalan untuk umat islam untuk bertemu dengan Yang Maha pencipta..SUBHANALLAH...

Di antara bentuk2 amal jariah ialah bersedakah,membantu umat islam kearah kebaikan, mengajar dan menyebarkan ilmu2 yg bermanafaat dan lain2. Untuk entri kali ini,aku nak berkongsi tentang amalan bersedekah..inshaAllah,,sama-sama kita fahami dan amalkan serba sedikit...
Sedekah berasal dari perkataan Arab iaitu 'shadaqa' yg beerti benar. Menurut terminalogi syariat pengertian sama dengan pengertian infak iaitu termasuk dari segi hukum dan ketentuannya. Menurut Hadith dari Imam Muslim, dari Abu Dzar, Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa sedekah itu tidak terbatas kepada harta sahaja,andai kita tidak mampu dengan harta, kita juga boleh bersedekah dengan cara lain iaitu bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan melakukan kebaikan serta menyumbang tenaga. Secara ringkasnya, segala rupa kebaikan merupakan sedekah. (K.H Didin Hafidhudin)



Kupasan Al-Quran

"Dan belanjakanlah(apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan(dengan bersikap bakhil) dan baikilah( dengan sebaik-baiknya segala usaha) dan perbuatan kamu ; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(SURAH AL-BAQARAH : 195)

Islam mengajar kita untuk sentiasa menolong orang lain. Salah satu bentuk pertolongan ialah dengan bersedekah kepada orang yang memerlukannya, dalam ayat ini juga Allah Ta'ala memerintahkan hamba2nya supaya bersedekah kerana Allah Ta'ala mengasihi orang-orang yang pemurah dan membuat kebaikan.



Dalam ayat ini juga Allah Ta'ala menegaskan kepada makhluknya agar menjauhkan diri dari bersifat bakhil. Hal ini disebabkan kerana sikap ini akhirnya akan membawa ke arah kebinasaan manusia sendiri. Allah Ta'ala juga menyeru kepada manusia agar bersedekah kerana dengan bersedekah kita dapat memperbaiki amalan kita kepada Allah Ta'ala. Oleh itu, kita disarankan agar memperbanyakkan amalan bersedekah sebagai salah satu cara untuk memepersiapkan diri kita sebelum dijemput pulang menemui Allah ya Rabb...

...WALLAHU A'LAM...

P/S: sama-sama kita berkongsi perkara yang baik,ini juga sebai salah satu usaha untuk bersedekah,inshaAllah, lapangkan dada,kosongkan minda, ikhlaskan hati dalam beribadah kepada Allah...


No comments:

Post a Comment