Saturday, April 23, 2011

coursemate,junior,and BBQ.....

Assalamualaikum,hai kengkawan semua...apa khabar? Harap2 semua dalam kondisi yang stabil...huhu... Kali ni aku nak share beberapa gambar yang sempat aku capture masa BBQ event dekat aku punya department,Fine art..yang terlibat dalam menjayakan event ni kengkawan aku,dak2 second year fine art,first year fine art and yang sponsor kesemuanya untuk BBQ ni aku punya coursemate yang datang dari Brunei,Hajah Reena Suzyta. Semester ni last dia ada di USM as an exchange student.Katanya, dia spend money untuk event ni sebagai tanda penghargaan sebab kami  dah layan dia dengan sebaik mungkin,hehhee...actually dia sangat friendly..best kawan ngan dia..semua orang senang dengan dia....

yang disebelah kanan ni lah reena,sponsor sepenuhnya event nih,yg tengah suap tu ainn,coursemate aku yang kecil molek..^_^


yang tengah pegang sudip ni nama nya awie, bukan penyanyi tapi merangkap ketua cheff pada malm tu, resepi BBQ ni daripada dia la,,bravo awie,,ayam ko sodap!

ni antara junior2 yang terlibat dalam menjayakan BBQ ni..syabas you all,moga2 ukhuwwah ni akan berkekalan...


ni antara student2 yang terlibat,gambar sebelah kiri ni semua coursemate aku,dorang memang pantang alau ada orang nak amik gambar..hahah...^_^ ...


sambil2 tunggu ayam ngan sosej masak,budak2 ni main gitar dulu,,best sangat,,suasana santai... credit to khairani, and dee.


takkan diorang je nak glamer kan,,tuan punye cerita pun nak jugak,,huhu,,yang sebelah aku ni hanis,our senior, sebaya ngan aku sebab dia masuk awal,aku masuk u lambat,,hehehe,,,ok x? tapi dah ada yang punya,,ooppss... Sorry ye mantan YDP Persatuan seni..hehe


agak2 lagu apa yang aku tengah main ni??hehehe...konon je,, berlakon je lebih.. xpetik lagu pun time nih,,seriously,aku minta mai gitar,tapi belajar sekerat jalan,kod igt,tapi jari agak keras sebab dah lama tinggal...hahaha....


we will miss our sweet moment together reena, all da best for ur future...
alahai mizi,,sengih memanjang ko yek,mentang2la k jadi tukang rasa malam tu,,,huhu....
tengok maa tu bro,,huhu,,,happy go lucky....

ahhhaaaaa...awiee~~ada apa2 ke,,main suap2 lagi,,hihih.... jangan salah faham,, dalam kelas kami memang rapat,,macam adik beradik dah...
junior first year,,,,

sik adik ni sempat lagi pose...hihi,,nama apa xtau,,sorry...
yang smart lagi gagah ni ePUL..orangnya ceria,,penghibur dalam group kami,,,mudah mesra dia ni... dah berpunya ke belum kena tanya tuan punya badan la...(^_<)
okey lah kengkawan..sedikit sebanyak yang aku nakkongsi kali ni...tuan punye cerita dah penat nih...nak p makan jap,,orite,,jumpa lagi di lain entri.... 
 WASSALAM...









Thursday, April 21, 2011

antara hobi dan kekasih....

Bismillah Arrahman Arrahiim...

Apa khabar sahabat sekalian,,dah lama aku tak post entri kt sini, maklumlah,sekarang ni tengah musim exam, walaupun aku sebenarnya ada dua paper je exam,buat-buat sibuk je lah kan,,,hehehe..
suka aku nak bagitau yang blog aku ni tempat untuk aku nak luahkan perasaan n kongsikan benda2 yang aku rasa nak share,,haha,,biasa la tu kan,,,sekarang ni aku lagi suka kongsikan gambar aktiviti yang aku dah join...bukan apa,rasa kenangan tu lagi berharga kalau dapat share dengan kengkawan semua...kan3??hehe,,kali ni aku nak share pasal aku punya minat dan hobi di kala masa lapang,aku ni suka sangat ngan aktiviti lasak especially hiking, dah lama aku tinggal aktiviti ni,sampai la baru2 ni,aku mula balik minat yang dah lama aku tinggal nih dengan sorg yang aku dah anggap macam mak aku sendiri. Kengkawan aku n aku dah biasa panggil dia Mama Bedah je, Mama ni memang sempoi, boleh layan kepala orang muda macam aku n geng2 aku,,kira ok lah kan,,memang banyak pengalaman yang dia kongsikan pada aku n kengkawan, berbalik pada hiking tadi,dekat penang ni aku mul pergi hiking dekat bukit jambul. Kalau kaki2 Hiking ni memang dah familiar ngan tempat ni...tempatnye xberapa tinggi tapi ambil masa 2jam stgh jugak la nak sampai puncak....huhuhu...ni aku nak share beberapa gambar yang sempat aku capture semasa perjalanan ke puncak n turun dari puncak...


Yang ni pokok tongkat ali, first time aku tengok live depan mata, sebelum ni aku selalu tengok dalam buku je,
gambar ni aku capture masa dalam perjalanan nak naik puncak,Mama bedah yang tunjukkan aku pokok ni.

 Ni lah dia Mama Bedah, steady lagi, umur dah hampir 60, larat lagi panjat bukit, salute la...



gambar ni masa aku dekat puncak Bukit Jambul..cantik pemandangannya...kalau jadi next week sebelum balik nak naik lagi ngan kengkawan aku...huhu..
 

 haaaa,gambar ni masa aku ngan mama jumpa cendawan busut dalam perjalanan nak turun,memang seronok sebab dah lama xjumpa benda alah tu,,
 
Okey lah kengkawan,ni lah sedikit sebanyak yang dapat aku share untuk entri kali ni, kalau nak tahu, aku lagi pentingkan minat aku ni tau dari kebanyakan benda2 lain..... Jumpa lagi dalam post yang akan datang,,,, 
Wassalam






Sunday, April 10, 2011

release tension - round island, window shopping, watch movie..lalala~~~

Bismillah Arrahman Arrahiim....

apa khabar sahabat sekalian,,, kali ni aku kepilkan beberapa gambar terbaru aku,, gambar ni diambil masa aku 'hang out' dengan kawan silat aku,,, Ahad baru2 ni...saja nk release tension n dah lama xkeluar relaks otak....

gambar ni masa aku tgh makan laksa janggus di Balik Pulau, honestly aku memang xsuka makan laksa tapi disebabkan laksa ni agak famous la di Penang aku makan jugak,then ok la rasa nya,, sebelah laksa tu yang bulat cam dorayaki tu aiskrim goreng, yang ni memg favourite aku,,sedap banget...


ok,,gambar ni pulak time malamnye pulak, we all pakat ramai p makan dekat ABU,, kenapa ABU? sebab taukey dia orang panggil ABU, mamak la...ni 2nd time aku makan dekat cni, macam roti ada kt cni, roti LA, roti France, roti Itali, roi samurai.. yang dalam gambar ni namanya roti Taj Mahal, agak mahal, tapi yg ini member aku yang belanja sebab aku sahut cabaran dia untuk habiskan dlm tempoh 20 minit, tu pun selepas aku bantai Roti LA special n Samurai...hahaha...cam monster x...



gambar yg diatas ni pulak diambil masa we all stop dekat komtar untuk ambil duit dekat CiMB...
smepat lagi capture 2,3 keping gambar...lantak lah,bukan kamera aku pun,,,hak3~~
yang sebelah kirinya gambar asal,and kanannya setelah di'edit' by me..cewwahhh,,,hahaha,,,


yang ni pun di tempat yang sama,, one thing yg aku nak share, sebenarnya kemeja yg aku pakai tu baru je beli,,saja nak test pakai,,pastu dak2 sibuk suh posing,,hak2..aku pun pose la ala S***ir.... agak sama la walaupun xserupa...oooppsss...sori,,terperasan lak...
Ok lah kengkawan,,setakat ni dulu untuk entri kali ni,,,jumpa lagi untuk next entri...
WALLAHU A'LAM..

Wednesday, April 06, 2011

Amal Jariah...Ganjarannya??





BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIIM...

Apa khabar sahabat sekalian..kali ni aku nak kongsikan serba sedikit mengenai amal jariah..
apa itu amal jariah??...

Amal Jariah merupakan satu kebajikan yang memberi pahala berterusan shingga ke hari kiamat,inshaAllah..ia juga merupakan satu bekalan untuk umat islam untuk bertemu dengan Yang Maha pencipta..SUBHANALLAH...

Di antara bentuk2 amal jariah ialah bersedakah,membantu umat islam kearah kebaikan, mengajar dan menyebarkan ilmu2 yg bermanafaat dan lain2. Untuk entri kali ini,aku nak berkongsi tentang amalan bersedekah..inshaAllah,,sama-sama kita fahami dan amalkan serba sedikit...
Sedekah berasal dari perkataan Arab iaitu 'shadaqa' yg beerti benar. Menurut terminalogi syariat pengertian sama dengan pengertian infak iaitu termasuk dari segi hukum dan ketentuannya. Menurut Hadith dari Imam Muslim, dari Abu Dzar, Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa sedekah itu tidak terbatas kepada harta sahaja,andai kita tidak mampu dengan harta, kita juga boleh bersedekah dengan cara lain iaitu bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan melakukan kebaikan serta menyumbang tenaga. Secara ringkasnya, segala rupa kebaikan merupakan sedekah. (K.H Didin Hafidhudin)



Kupasan Al-Quran

"Dan belanjakanlah(apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan(dengan bersikap bakhil) dan baikilah( dengan sebaik-baiknya segala usaha) dan perbuatan kamu ; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(SURAH AL-BAQARAH : 195)

Islam mengajar kita untuk sentiasa menolong orang lain. Salah satu bentuk pertolongan ialah dengan bersedekah kepada orang yang memerlukannya, dalam ayat ini juga Allah Ta'ala memerintahkan hamba2nya supaya bersedekah kerana Allah Ta'ala mengasihi orang-orang yang pemurah dan membuat kebaikan.



Dalam ayat ini juga Allah Ta'ala menegaskan kepada makhluknya agar menjauhkan diri dari bersifat bakhil. Hal ini disebabkan kerana sikap ini akhirnya akan membawa ke arah kebinasaan manusia sendiri. Allah Ta'ala juga menyeru kepada manusia agar bersedekah kerana dengan bersedekah kita dapat memperbaiki amalan kita kepada Allah Ta'ala. Oleh itu, kita disarankan agar memperbanyakkan amalan bersedekah sebagai salah satu cara untuk memepersiapkan diri kita sebelum dijemput pulang menemui Allah ya Rabb...

...WALLAHU A'LAM...

P/S: sama-sama kita berkongsi perkara yang baik,ini juga sebai salah satu usaha untuk bersedekah,inshaAllah, lapangkan dada,kosongkan minda, ikhlaskan hati dalam beribadah kepada Allah...


Saturday, April 02, 2011

Diriku milik ALLAH - Yang Maha Pencipta....

Bismillah Arrahman Arrahiim...

Apa khabar sahabat sekalian
....untuk entri kali ni, aku cuma nak kongsi beberapa keping gambar aku mengikut versi yang berlainan...haha,,bukan nak mencaPub ok,,ini cuma sekadar perkongsian..hihihi...

yang ni gambar aku versi terbaru, baru capture minggu lepas masa dinner silat cekak,,agak berisi dan membulat,,,hahaha,,,berat pun dah naik balik time ni dari 76 ke 80kg,,dasat giler ler,,,


yang ni pulak sebulan setengah yg sudah,,agak tembam jugak ketika ni,,,maklumlahmmhati tengah susah, makn pun banyak,,,lawak kan,,,tapi memang aku ni pelik sikit,,,,tu lah,,diri aku,,,gambar ni di capture masa aku join satu forum anjuran PMIUSM...


haaa,,gambar ni lak di capture masa cuti semester hujung tahun 2010..masa ni memg nampak kurus kan...haha,,jangan tertipu,,aku nampak kurus sebab aku pakai jubah,,jadi kebuncitan aku memang tak terserlah lansung,,,hahaha...masa ni aku baru balik dari masjid,,lepas isya'..


ehem,ehem....dah kahwin rupanya....hmmm,,,,oppss,,,, tersasul,, dah ramai kawan2 aku especially kawan fb aku tertipu dengan gambar ni,,semua marah aku sebab xjemput kahwin kononnya,,,sebenarnya gambar ni di capture pada bulan mac 2010,,dah setahun pun,,time ni aku kena jadi MC untuk dinner silat cekak usm,,pakaian ni je yg dorg bagi..so pakai je la...tapi ok la..agak segak jugak la aku time ni,,cewwaahhhh....


hmmm,,,gambar yg ini agak blainan sikit kan... masa ni time raya tahun 2009,,,dah dua tahun kot,,,masa ni tgh maintain lagi,,maklumla...baru lepas bulan pose,,huhuhu,,,,

ok lah,,,untuk kali ni,,byk ni jer gambar yg aku nak share ngan sahabt sekalian,,,nanti aku akn share pulak gambar2 artwork aku yg xseberapa tuh....insyaallah kalau masa nye sesuai.....

..WALLAHU A'LAM..




Friday, April 01, 2011

KERDILNYA AKU.......

Bismillah Arrahman Arrahiim....

Apa khabar sahabat2 yg dirahmatai Allah sekalian... hmmm,, Pernah x antara kalian rasa tersentap atau terharu?sentap yg aku maksudkan disini bukan yg Prof. Sentap Mak Nak tu,,,yg tu xboleh pakai.... Kali ni aku nak kongsikan dengan 'korang-korang' tentang apa yg aku rasa dalam 2,3 hari ni... kalau 'korang' perasan kan,daam 2,3 hari ni banyak di'upload' di Facebook video dari rancangan TV, Adikku... Sesungguhnya aku dah tengok video2 tersebut,dan ini yang aku nak kongsikan...selepas je aku tengok video tu, timbul persoalan di hati kecil aku,budak yang umurnya belum mencapai belasan tahun begitu petah berkata-kata, bukan omong kosong,malahan kata-kata yg dilemparkan itu sangat bermakna dan mempunyai isi yg padat,,,...( http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=205591792802145&oid=164981586885626&comments )

...bukan sahaja petah berkata-kata, budak tersebut juga dikurniakan ilahi suara yyang amat merdu,, aku dengar alunan azan yang dialunkan adik tu memg sangat2 tersentuh, sampai meresa dalam jiwa aku..orang lain aku tak tahu lah,,tapi ini yang aku rasakan...SUBHANALLAH... sesungguhnya aku kagum dengan kekuasaan Allah yg mana Hidayah yg diberikan kepada makhluknya tidak mengenl usia...mudah-mudahan budak itu senantiasa berada di bawah payung keberkatan... Selain dari itu 'korang-korang',,,adik ni juga telah membaca sepotong ayat Al-Quran dengan alunan Tarannum Nahawand..SUBHANALLAH,,sesungguhnya adik ni memang insan yang terpilih...seawal usia kanak2 dia dah mampu untuk melagukan AL-Quran dengan Tarannum yang agak susah untuk dipelajari kerana ianya memerlukan kawalan suara yang tinggi.....aku terkedu mendengar... tak terkata....Ya ALLAH....sesungguhnya kebesaranMU tiada bandingannya...

..dimanakah kedudukan aku di sisi ALLAH?? alangkah indah kalau kita dikurniakan kelebihan2 tersebut kerana dapat kita menghayati ayat2 Al-Quran dengan lebih khusyu', kita dapat mengalunkan zikriLLAH dengan sebutan-sebutan yang indah.....
...Perasaan insaf tiba-tiba menjelma dalam diri tatkala melihat kanak2 seawal usia sebegitu sudah mampu untuk menyampikan dakwah walaupun ianya berbentuk rancangan televisyen...

....Seandainya masih ada waktu,,ingin aku mengisi balik kekosongan dalam diri aku ni yang sepatutnya aku penuhkan semasa aku diawal usia kanak2 dan remaja dulu....aku kini tak ubah macam pokok buluh yang sudah tumbuh memanjang tetapii tiada dahan2 dan ranting2 yang mampu memberi manafaat kepada makhluk lain....
..............akan aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yg ada dalam diri aku ni,,INSYAALLAH...doakan aku sahabat-sahabat sekalian...

WALLAHU A'LAM....