Thursday, March 31, 2011

perlu ke marah??????????????


BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIM
marah??? marah ni satu perasaan yang ade baik n ade buruknye.. tapi kebanyakan nye kepada keburukan lah.. ibarat api yang membara.. banyak cara nak hilangkan marah... tapi x semua orang boleh kawal marah die.  bila dah marah seseorang tu macam separuh sedar.. depend pada dri masing2 nak kawal marah die.. ade yang akan lepaskan geram kat something yang akan menyakitkan diri sendiri.. ade ade yang bile marah die akan melibatkan orang2 disekeliling die pon turut kne tempiasnye.. aku paling x suke sekali bile marah.. tapi yang xtau nak cakap kenape la dak2 ni x paham aku marah??? boleh gelak lagi ye.. xpe.. adeke aku ni memag x  sesuai nak marah atau pon aku bkn orang yang macam tu.. patutke marah??? bile d fikir2 kan balik aku akn tye diri aku sendiri... kenape nak marah?? sebab ape?? so carila 1000 alasan sebelum kita marah... jadi nak cari 10 alasan pon susah kan.. kadang2 mber2 pon xtau camne la aku ni marah.. so sabar je la eh.. cakap mmg senag sabar kan.. wa.... yup kadang2 kite kene ikut keadaan la gak kan nak marah bde yang patut kite marah.. p pk gak samade perkara yang nak kite marah tu membawa kebaikan ke x.. klau yup boleh..
pernah dengar x satu cerita???
Tajuk :
Jangan Kamu Marah!
Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”

 
(al-Bukhari)





Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan. 

http://www.iluvislam.com/v1/hadis.php
 

Rasul Allah ada bersabda: Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasul Allah pernah bersabda: Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat 

erm,.. so ade cara2 nak kurangkan marah ni:
tips kawal marah:
- kalau marah ketika sedang berdiri, cuba duduk
- kalau marah ketika sedang duduk, cuba baring
- kalau marah ketika sedang baring, cuba tidur

ni ade agi, marah itu api, dan api adalah usul kejadian syaitan bila berkaitan dengan syaitan , adakah perlu kita ikut?... .marah itu api, nak padamkan api gunakan air berwuduk dapat menahan diri dari marah, insyaallah. ingat Allah...istighfar...dan ambil wudhuk...lgi baik muhasabah diri...
insyaAllah hati kembali tenang...marah ni memberi kesan yang mendalam... so batter kite cuba latih diri supaya xmenjadi orang yang marah...

wallahua'lam..

KESABARANKU............


Kenapa saya DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (-Surah Al-Ankabut ayat 2-3) ..
Kenapa saya TAK DAPAT APA yang saya IDAM- IDAMKAN?..
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (-Surah Al-Baqarah ayat 216)..
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (-Surah Al-Baqarah ayat 286)

rasa FRUST?..
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (- Surah Al-Imran ayat 139)..
BAGAIMANA HARUS saya MENGHADAPINYA?..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (-Surah Al-Imran ayat 200)..
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (-Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG saya DAPAT daripada SEMUA INI?..
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. (-Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA saya BERHARAP?..
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya saya bertawakkal." (-Surah At-Taubah ayat 129)..

DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!..
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (-Surah Yusuf ayat 12 ) ..
“TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMBERI SYAFAAT (PERTOLONGAN) MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T”...


 ingatan untuk diri ini... wallahualam

Wednesday, March 30, 2011

Sastera, seni, dan Budaya....

Bismillah arrahman arrahim...
Assalamualaikum...

Pantun merupakan salah satu puisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat melayu, akan tetapi ianya semakin dilupai dan semakin ditinggalkan.. Apa kata kali ini sama-sama kita berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis2 pantun.Pantun yang saya paparkan di bawah merupakan pantun yang pembayangnya bermula dengan sirih pinang.


Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang

Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera

Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama

Bangsa mulia budaya dijamin

Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata


wassalam.....

Sunday, March 20, 2011

amar ma'ruf nahi mungkar


عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ                                                      
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ                                                  
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ                                                       
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ                                                  
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَ                                                                 

 
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
...
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
"
 
Hadis sahih riwayat Muslim
Bismillah Arrahman Arrahiim...
Apa khabar sahabat2 sekalian...kali ni aku nak share  pasal hadith yg aku tulis kt atas ni.. berkenaan "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" Seperti yg kita ketahui, zaman sekarang ni manusia dah semakin bebas,bebas maksud aku darisegi melakukan kemungkaran, di mana2 sahaja aku tegok sekarang ni ada kemungkaran tak kira jenis apa kemungkaran tersebut, kt sini aku cuma nak meluahkan keterkilanan aku saja, nak mengajar atau nak menegur maklumlah, diri ni masih banyak khilafnya. Apa yang aku post ni pun cuma sekadar perkongsian bersama....macam yg dikatakan oleh rasulullah dalam hadith di atas, kalau kita melhat kemungkaran tapi tidak menegah dengan kudrat bahkan hanya mampu menegah dengan hati sahaja adalah selemah-lemah iman di hati.. kalau kita kaji semula, ramai ke yg mampu atau berminat untuk nak menegar perkara2 sebegini,,aku sure memg xramai kan...jadi, pada aku biarlah terpalit sedikit iman di hati berbanding tiada langsung...biarlah menegur dengan iman di hati mudah-mudahan doa kita di terima Yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah..insyaallah....
WALLAHU A'LAM...
P/S : "Jadi sahabat2 sekalian, lepas ni jom kita pakat ramai2 bentuk jemaah pencegah kemungkaran" 

kufur nikmat - akibatnya??

Bismilah Arrahman Arrahiim...

Apa khabar sahabat sekalian...kali ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang tak seberapa ni,, mungkin ramai yang dah tahu tapi sharing is caring kan...haha,., dunia sekarang ni kalau kita tengok ramai yang kufur nikmat, manusia2 yg xtahu nak hargai pemberian Allah,,( senang cakap pinjaman dari Allah)...dah ada rezeki yang melimpah ruah,tetap tak tahu bersyukur, riak dan takbur sedangkan itu semua hanya 'pinjaman' dari Allah sementara sahaja...hehe,,minta maf kalau ada yang tersinggung tapi ini hakikat yang perlu kita ambil iktibar...betul kan...kalau sesama kita tak memperingati satu sama lain punah ranah lah kehidupan kita...ok,,berbalik kepada tajuk asal, Kufur Nikmat - Akibatnya? 

Kufur ni'mat ini adalah istilah dalam perbahasan ilmu Kalam yg membawa maksud seorang yg tidak bersyukur atau menyalahgunakan nikmat Tuhan yg tidak terhitung banyaknya itu bukan pada jalan keta'atan kepada-Nya.
Antara Dalil: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami tambah nikmatnya kepadamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih." terjemah AQ14 :7

Ilmu Kalam turut menyenaraikan beberapa jenis kufur yg lain, antaranya kufur ingkar, kufur juhud, kufur nifaq, kufur inad, dll.


Manakala ulum Fiqh melihat kekufuran dari sudut untuk meletakkan hukum amali ke atasnya, maka dari pengklasan ilmu fiqh, orang kafir dipecahkan kpd kafir harbi, kitabi, mu'ahid, musta'min dan riddah. (alMausu'ah alFiqhiyah, PT Ikhtiyar baru, Jakarta,1996 )


Kufur nikmat ini ditulis dan disyarah dengan detail dalam Kitab Tasawwuf yg amat tinggi nilainya karya lmam alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea,' Madaarij asSaalikin'. Kufur nikmat ini adalah fenomena yg lumrah bagi setiap orang Islam yg lalai dgn nikmat dunia. Ibn Qayyim memetik ayat Allah. "Katakanlah, Dia-lah yg menciptakan kamu, menjadikan kamu pendengaran, penglihatan, serta hati. Akan tetapi, sangat sedikit dari kamu yg bersyukur." alMulk:23


"sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi mengingkari (kufur nikmat)" Ibrahim :34

alMarhum asySyaheed Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Dzilal, Juz4 / 2107menghuraikan fenomena kufur nikmat ini pada ayat," jika kamu menghitung nikmat Allah, maka tiada engkau dapat menghitungnya." maksudnya nikmat itu lebih besar dan lebih banyak dari kemampuan manusia menghitungnya.

2. Dari sudut fiqh, kufur nikmat ini tidak mengeluarkan seseorang muslim dari agamanya. Tapi dari sudut tasawwuf, ia suatu yg amat berat, lihat saja ayat yg kita paparkan di atas (AQ14 :7). Sayyid Qutb dengan olahan bahasanya ketika metafsir ayat alMulk: 23pada ayat," akan tetapi amat sedikit kamu yg bersyukur." Sayyid Qutb menulis," apabila Allah mendedahkan fenomena berleluasanya kufur nikmat ini, bahawa sedikit sekali dari hamba-Nya yg bersyukur, maka ia suatu fenomena yg amat memalukan dan menyedihkan sedangkan di segenap sudut dalam alQur'an, manusia sentiasa diperingatkan tentang nikmat mensyukuri dan menta'ati Allah dan ancaman bagi yg kufur dan derhaka kepada-Nya. Manusia juga diperingatkan bahawa walaupun dia bersyukur, kesyukurannya masih tidak setimpal dengan anugrah nikmat yg tidak terhitung atasnya. Maka rumusan: kufur nikmat ini suatu fenomena hati dan dalaman manusia, maka ia memerlukan rawatan kejiwaan dan inilah Ulum Tasawuf. Fiqh tidak dapat menangkap dan menghukum pesalah kufur nikmat sebab ia suatu jenis kufur yg bersifat fiqh albatin. Wallahu a'alam.

Friday, March 18, 2011

kisah sang batu yang bongkak - (^_^) -

Bismillah Arrahman Arrahiim...

Apa khabar sahabat blogger sekalian, kali ni aku kongsi satu cerita yang pada aku agak menarik la, ceritera pasal batu yang bongkak lagi sombong... Batu ni berkawan dengan si air sungai, si pokok buluh dan si anak ikan, hari mereka ni duk sekali kt tepi sungai, nak dijadikan cerita, anak ikan ni masa berenang-renang kat dalam air, terlanggar sang batu yang keras tu, habis benjol kepala dia, sang batu apa lagi,gelak sakan la kt anak ikan tuh, siap kutuk mengutuk lagi,,di sini lah bermulanya kebongkakan si batu ni..katanya dia lah yg terkuat di alam ni, yelah,air xdapat pecahkannya,buluh apatah lagi,,si anak ikan lak dah jelas benjol di kepala...apa la nak jadi dengan si batu ni...bukan nak merendah diri, makin bongkak pulak tu,,,
Selepas dari hari tu, si batu ni semakin menjadi-jadi dengan perangai bongkaknya tu,,tapi kengkawan dia jenis yang xambil port,buat dek je....kalau dilayan memg sangat sakit hati...
Kisah si batu yang bongkak ni berlarutan sampai la ke suatu hari, satu kejadian yang tak di duga berlaku, pagi tu tak macam pagi2 yang biasa, kebiasaannya sudah kedengaran si batu ni bermegah-megah dengan kekuatannya,, si air dan si ikan ni panggillah si batu ni,tapi tak ada jawapan,puas mereka panggil,si batu ni tak juga menyahut,, nak kata merajuk,tak ada sapa pun yang sakitkan hati dia, mereka pun terus-terusan memanggil si batu ni...tapi hasil nya sia2...agak-agknya la kan,,apa yang dah jadi dekat si batu tu??? sapa leh tolong sambung cerita ni bagi habis.......

kesakitan dan kesedihan... macam irama dan lagu???betul ke?

Bismillah arrahman Arrahiim...

Apa khabar sahabat blogger sekalian, sudah lama aku tak post apa2 entri di sini, bukan apa, keadan kesihatan aku tak mengizinkan, aku ditimpa kecederaan yang tak disaangka semasa  menjalani kelas latihan silat, rusuk nombor tiga aku disahkan patah selepas buat pemeriksaan xray...aduuuii,,haru biru jadinye, semua benda tergendala,terpaksa lah aku berehat selama sebulan atas nasihat sang doktor..huhu..bunyinya macam seronok, ye lah,,dapat rehat,tapi dia punya bosan empunya badan saja lah yang tahu...huhuhu...aku ler tu....

arghh..apa yg aku nak tulis nih..beku kepala otak dah lama xmenulis nih....nanti la aku share entri2 yang menarik... sakit aku dah datang...
wassalam...

Monday, March 07, 2011

Menyesal aku....


Bismillah Arrahman Arrahiim…
Apa khabar sahabat2 blogger sekalian..
Kali ni aku nak kongsikan  KETERKILANAN aku sekali lagi…Cuma yang kali ni memang sangat2 terkilan…
Baru2 ni aku diundang oleh kawan aku ke sebuah event di dalam kampus aku jugak,,,event tu baru je berlangsung dua hari yang lepas… mula-mula aku just ikut je la kawan aku tu sebab ingatkan event tu biasa2 je…tapi alangkah terkejut dan terkedunya aku masa tu..bila event tu mula aku xde lah terkilan sangat,cum bila sampai j klimaks event tu aku tiba2 jdi xkeruan..xsenang duduk,, yelah,, aku rasa memang aku berada di Malaysia, university dalam Malaysia..tetapi  acara yang berlngsung tu tak seperti aku ni berada dalam Malaysia…
Hmmm…kalian tahu x, masa tu aku rasa yang aku macam dah berada di hatnyai tau.. (kalian faham la kan bila aku cakap macam ada di hatnyai..)
· 
Top of Form
Bottom of Form
·  http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/173507_1259784432_1511680_q.jpg
Cuba roll-up event semalam, aku ke yang x waras dan jahil??? Masih panas telinga dengar sorakan untuk event semalam.
Top of Form
Friday at 4:03pm · LikeUnlike · · View Feedback (12)Hide Feedback (12)
  •  
·          
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186495_100000086920407_6255026_q.jpg
Adi Jumaidi kau panas tlinga aku dah panas satu badan.habis berpeluh2 aku dalam DB yang dingin dek penghawa tu...
Friday at 5:49pm · LikeUnlike · 1 personLoading...
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186207_100000371936686_6337430_q.jpg
Abg Ariff Yang Penyayang sapa suh pi..huhu
Friday at 5:54pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/173507_1259784432_1511680_q.jpg
kau pun ada ke?? Sanggup kau tahan... Event camtu pun boleh lepas kowt dalam Universiti, baru mpp bubar... jika AUKU bubar mahu ranap satu USM.
Arief: Kenapa x kata kenapa jadi rakyat Malaysia masuk USM??? Boleh lak sapa suh pi... Common se...nse la... YDP ada idea gitu ke??See More
Friday at 5:56pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186207_100000371936686_6337430_q.jpg
Abg Ariff Yang Penyayang sebab aku tengok poster pun dah tahu..huuu..
cuma takda siapa nak bersuara je..
Friday at 6:02pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186893_100000423993150_1495323_q.jpg
Sarah Asshila selamat tak gi..even burn 3 hengget pun..takpelah..
Friday at 6:03pm · LikeUnlike · 1 personLoading...
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/173507_1259784432_1511680_q.jpg
Ahmad Hajidi Shahardin Ariff: Kau tengok poster dia ada bellydance ke?? Aku da berapa kali tatap benda tu... Xnampak pun... Cam menarik gak jika ada poll dance... Baru MERIAH...
Friday at 6:04pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186207_100000371936686_6337430_q.jpg
Abg Ariff Yang Penyayang hajidi > Jom kita pergi report nak?
Friday at 6:07pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/173507_1259784432_1511680_q.jpg
Ahmad Hajidi Shahardin Jika ada idea gtahu... Aku rancang jumpa BHEAA, jika xleh buat apa2, hep... Jika xleh gak baca yasin r... Xlama da USM nak tenggelam... At least mereka kena fikir sensitiviti orang... Sini U... Bukan kelab malam...
Friday at 6:10pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186207_100000371936686_6337430_q.jpg
Abg Ariff Yang Penyayang Setakat ni takda idea lagi.Tapi cadangan kau tu bagus jugak. Kalau nak pergi ajak aku sekali.
Friday at 6:12pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/173507_1259784432_1511680_q.jpg
Ahmad Hajidi Shahardin Okai... Thanx Ariff... Aku berharap ada petunjuk untuk ini...
Friday at 6:13pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/195443_100000639523513_6505722_q.jpg
Pha Is ader ape wei? ceciter ceciter...
Friday at 6:35pm · LikeUnlike
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186495_100000086920407_6255026_q.jpg
Adi Jumaidi Hajidi: aku xtau apa...kawan aku yg belikan tiket...aku igt juz voice permormance, rupa2nya ala kat hatnyai lak jadinye... tobat aku xnak p dah pas ni....
Friday at 9:29pm · LikeUnlike
Yang ni aku copy dari facebook salah seorang kawan aku yang turut berada kt dalam dewan tu… fikir-fikirkanlah..
WALLAHU A’LAM…Bottom of Form