Monday, February 28, 2011

agak terkilan..teguran untuk semua...tetapi ada yang menyalah anggap...

Selama dua hari berturut-turut saya pergi ke padang kawad untuk menyaksikan sesi perkenalan calon-calon yang bertanding untuk MPP.Memang bagus laungan satu suara dan satu semangat tak kira di sebelah pro A atau pro M, akan tetapi yang amat menyedihkan saya,terdapat segelintir daripada kaum hawa yang pada saya agak keterlaluan dalam melaungkan ungkapan-ungkapan tertentu. Saya bercakap di sini bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak,tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa MELAYU yang beragama ISLAM.

Apa yang saya hendak katakan ini berlaku di hadapan mata saya sendiri. Kepada kaum hawa di luar sana, baik dari kalangan pro M mahupun pro A, teguran saya di sini bukan lah untuk menjatuhkan kalian,tetapi untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Tidak salah mahu berpolitik,cuma pada saya ianya perlulah lebih menjaga tatasusila sebagai seorang mahasiswi MELAYU yang beragama ISLAM. Begitu juga dengan calon-calon wanita yang bertanding, saya kagum dengan semangat jitu kalian yang mahu memperjuangkan kebajikan para pelajar,akan tetapi pada masa yang sama di mana nilai-nilai kewanitaan kalian.Maaf kerana kekasaran ini, tetapi ini benar-benar berlaku. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya dan menganggap isu ini hanya merupakan hal yang remeh temeh,akan tetapi isu yang remeh temeh inilah yang bisa menghancurkan kita semua pada masa akan datang kelak andainya perkara sebegini dipandang ringan. WALLAHU A'LAM.

P/S : Kita berpolitik bukan kerana bangsa,kita berpolitik bukan kerana nama,akan tetapi kita berpolitik kerana AGAMA!

No comments:

Post a Comment