Monday, February 28, 2011

kesedihan ku di mana - mana...

 
 Bismillah Arrahman Arrahiim...


apa khabar sahabat2 ku yang dikasihi sekalian..
kali ni aku sekadar nak berkongsi lirik lagu nasyid dari kumpulan hijjaz iaitu KAU SAHABAT KAU TEMAN... lagu ni banyak mengajar aku apa tu erti persahabatan, macam mana nak hargai erti persahabatan.... mengingatkan aku pada arwah sahabat aku yg meninggal dunia 4 tahun lepas akibat leukimia.... selama 6 tahun aku kenal arwah dia seorang yang pendiam dan xbanyak bercakap, tetpi selalu tersenyum bila aku berlawak., dalam tempoh tu aku sendiri xtahu yang dia ni ada penyakit leukimia yang kronik...sampai la satu masa,pagi semasa aku baru tiba di sekolah,,aku dapat makluman mengenai arwah yg dah pun pergi menghadap ilahi dari kawan sekelas aku...aku terkejut,terkedu......hanya tu yang mampu aku buat.....


WALLAHU A'LAM...


Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati.



P/S : gambar diatas hanya selingan,aku yang berbaju melayu ungu, di sebelah ku sahabat aku di USM....

No comments:

Post a Comment