Thursday, March 31, 2011

perlu ke marah??????????????


BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIM
marah??? marah ni satu perasaan yang ade baik n ade buruknye.. tapi kebanyakan nye kepada keburukan lah.. ibarat api yang membara.. banyak cara nak hilangkan marah... tapi x semua orang boleh kawal marah die.  bila dah marah seseorang tu macam separuh sedar.. depend pada dri masing2 nak kawal marah die.. ade yang akan lepaskan geram kat something yang akan menyakitkan diri sendiri.. ade ade yang bile marah die akan melibatkan orang2 disekeliling die pon turut kne tempiasnye.. aku paling x suke sekali bile marah.. tapi yang xtau nak cakap kenape la dak2 ni x paham aku marah??? boleh gelak lagi ye.. xpe.. adeke aku ni memag x  sesuai nak marah atau pon aku bkn orang yang macam tu.. patutke marah??? bile d fikir2 kan balik aku akn tye diri aku sendiri... kenape nak marah?? sebab ape?? so carila 1000 alasan sebelum kita marah... jadi nak cari 10 alasan pon susah kan.. kadang2 mber2 pon xtau camne la aku ni marah.. so sabar je la eh.. cakap mmg senag sabar kan.. wa.... yup kadang2 kite kene ikut keadaan la gak kan nak marah bde yang patut kite marah.. p pk gak samade perkara yang nak kite marah tu membawa kebaikan ke x.. klau yup boleh..
pernah dengar x satu cerita???
Tajuk :
Jangan Kamu Marah!
Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”

 
(al-Bukhari)





Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan. 

http://www.iluvislam.com/v1/hadis.php
 

Rasul Allah ada bersabda: Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasul Allah pernah bersabda: Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat 

erm,.. so ade cara2 nak kurangkan marah ni:
tips kawal marah:
- kalau marah ketika sedang berdiri, cuba duduk
- kalau marah ketika sedang duduk, cuba baring
- kalau marah ketika sedang baring, cuba tidur

ni ade agi, marah itu api, dan api adalah usul kejadian syaitan bila berkaitan dengan syaitan , adakah perlu kita ikut?... .marah itu api, nak padamkan api gunakan air berwuduk dapat menahan diri dari marah, insyaallah. ingat Allah...istighfar...dan ambil wudhuk...lgi baik muhasabah diri...
insyaAllah hati kembali tenang...marah ni memberi kesan yang mendalam... so batter kite cuba latih diri supaya xmenjadi orang yang marah...

wallahua'lam..

2 comments: